OMG! Gila Meow

OMG GILA MEOW

Meow… meow… meow!
Itulah bunyi paling damai pada telinga Aniz Zulaikha, seorang pencinta kucing yang tiada tara. Siapa tidak suka binatang yang comel dan gebu. Pandai berkelip mata, bijak bermanja… sekaligus memberi terapi ketenangan setiap masa. Maka tidak hairanlah, Aniz membela sehingga berbelas-belas ekor haiwan itu!

Namun halangan melanda kerana dia berjiran dengan Pak Cik Wahid, pembenci kucing paling tegar. Suara pasti memetir marah setiap kali si bulu mendekati kawasan rumah. Pada orang tua itu, kucing hanya membawa bau hancing menusuk hidung serta meninggalkan tahi busuk berketul-ketul.

Benar-benar tersepit dengan tuduhan, bagaimana mahu membersihkan nama sendiri yang sudah terpalit dek fitnah? Baca novel OMG! Gila Meow… sambil usap kucing comel juga ya!